1 october 2012

bismillah...

asalamualaikum w.b.t guys.

1) selasa ni , i mean ESOK derr ! S FINAL EXAM, and now S still kat rumah serdang lagi. hoho.
doakan S, same to mmbe2 S yg lain, may Allah bless us always, permudahkan S and the geng jawab soalan GILA tuu. hahaha.

2) im officially TAKEN, may Allah bless us always too. jaga aku baik2 mok. kau sakitkan hati aku, aku sekeh kau laju2. hahaha, padan muka kau tau mok :P

3) today also befday kembar, 2pupu aku, HAPPY BIRTHDAY BABIES, may Allah bless you two always. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. sayang korang kembar. muah muah Ayuni and Arina.


S dah mengantuk, kul 5pg dah kut, gila. Bai. haha. nite buddy. love you guys

assalamualaikum w.b.t

with love, xoxo


OFFICIALLY MISSING YOU    V,V 




LOST OF WORDS !!!

back

yow, assalamualaikum wbt peeps :)

sorry, sejak ni busy sekali. hee, so, how are you sygs? watcha doing? mesti lah tgh membaca kan. apa lah S ni. haha

1) sekarang ni study week. so, naik je cuti, final wooiii ! haha. gilo ehh. 5 paper. start 1 october sehingga 18 october. woohoo ! terbaik lah (y)  semoga Allah sentiasa membuka mindaku, hatiku, untuk menghadapi exam ni, in syaa Allah :)

2) dah nak 2months kejadian itu berlaku, but i'm still care about itu orang ! ya Allah, kau tunjuklah aku perkara yang sebenar-benarnya. ngee

#takde apa nak dicerita dah rasanya. nanti papehal update lagi. alaa kalau S update pun, bukan ada org baca. hahaha xD

bai readers ,



salam hari raya 2012 dari saya, S :p

first day raya 2012

yow, assalamualaikum guys ;)

# skrg pukul 9.41 mlm, dari pagi tadi before solat raya smpai skrg, S pakai baju kurung. haha. punya lah semangat betul kan? hahaha. harini pakai 2 jenis baju, first wear kebaya nyonya. my mum punya masa muda2 dulu, haha, gilo lah. muat beb ! colour coklat cair, soft gitu. then, ptg tu, S tukar, pakai bju kurung moden pulak. colour soft purple. sepadan dgn my brother yg ke3, hee..

# pagi tadi before solat, kan takbir raya dulu, hmm, sayu je weh hati S ni, ingat balik raya2 tahun lepas, teringat my first bro, dia tak raya dgn kitorg tahun ni, dia balik rumah mertua dia kt terengganu. nasib baik dekat, esok kitorg semua pegi rumah besan kitorg, dorang buat kenduri, siap tumbangkan lembu lagi, hee. meriah kan . huu~ kat kelantan n terengganu ni, raya siyes meriah gila, mercun takyah cakap laa, meriam bagai semua ada, biasa lah kan, suasana kg, hehe. termasuk kitorg yg muda-mudi ni. main jugak, wajib main weh kalau balik kelantan. hahaha! dah mcm perang lak aku tengok, berlawan.

# haa, tak habis lagi point yg ke2 tuu, hmm. S rindu dia ! eee. dah mcm perempuan desperate da S ni. rendah martabat perempuan kalau mcm ni. pagi tadi, sebak sgt, teringat dia msa dengar takbir, sambut raya without him. sampai hati dia buat S mcm ni , masa raya pulak tuu, awak ego ! awak kejam ! awak jahat ! tapi takpe, mybe saya bukannya terbaik utk awak, ada lagi yg lebih baik dri saya utk awak, yg cantik, pandai. and yg paling penting, sayangkan awak sepenuh hati . dan awak juga akn balas benda yg sama. hope awak bahagia, saya sentiasa doakan awak. in syaa Allah, sbb saya sayangkan awak.

# thanks to my friends, besties, sbb support me, koorang buatkan aku tabah and kuat utk hadapi semua ni. dan apa yg paling PENTING adalah FAMILY, right? love you'll always. sedih mcm mana pun saya, benda yg saya harapkan takkan berlaku, takkan pernah. takpe, saya akn cuba utk lupakan semua ni, okay? lagipun siapa nk hati dia sedih kan? haha, mcm bodoh lah semua ni, aku taknak jadi perempuan mcm ni, boleh jadi gila tau? Allah , family , besties akan sentiasa ada utk aku ;)

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN, bai!!

with love, 
-xoxo-


tujuh belas haribulan lapan

assalamualaikum readers ;)

harini, S betolak balik kelantan. hee. taksabar nya weh !! ahad ni dah raya, hari ni hari jumaat. lagi bape hari je lagi.

# me and him its over now. apa2 sajalah. sedih macam mana pun kau, takkan ke mana jugak. walaupun luaran nampak happy, tapi dalam, biar kita sendiri je rasa, takyah menyusahkan orang lain, and takyah menyerabutkan otak orang lain. memang ramai perempuan kat luar sana, akan kejar awak, sebab kekayaan awak, and background family awak, BUT dorang semua tu betul2 ikhlas ke dengan awak? cuma awak je yg ada jawapannya. semoga awak bahagia dengan kehidupan baru awak. may Allah bless you always :)

# assgmnt FAR pun dah hantar, memang serabut otak buat benda alah tuu. haha. yg paling kesian skali , alep. haha. takpe2, nnti kalau aku mayuk, aku belanja kau okay? :)
dahdahdah, memang takkan habis brcerita mcm ni. hahaha, aku nk buat burger jup sebelum bertolak. kang tak pepasal papa mengamuk pulak sebab lambat siap. haha. bai

p/s : Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin. makan tu jangan sampai tak ingat dunia lak. puasa, turun berat badan, bila raya terus naik 10kg lak nnti. sia sia jee. hahaha. drive carefully and have a safe journey. kalau nk speed, kau kena ada NOKIA 3310 dulu. baru boleh speed okay? sebab apa? ada lah, rahsia. hahaha.

MONDAY

dah 3 hari S takbalik hostel. lari dari hostel weh. hahaha. rindu kat housemate. dengan masalah yang S ada sekarang ni, S rasa better tidur kat rumah serdang. nak buat apa kat dalam bilik pun orang tak tau kan? hahaha. hmm, today S rasa okay sikit daripada semalam. jasad aku ada, tapi fikiran ke tempat lain. hahaha. fitri, kak ain, alep, reyza yang banyak support and tolong S rawat sakit jiwa S ni. hahaha. alhamdulillah. untung siapa yang dapat kawan yang sangatsangat baik macam korang. okay lah. S nk siap2 balik cheras dah ni. rabu baru balik sini. taklama lagi dah nak raya. sedar2 tak sedar . rasa sekejap je weh. hmm. S nak sangat sambut hari raya dengan dia.

p/s : kalau awak baca ni. saya nak awak tau yang saya sayang awak. BAI

SUPRISE

semalam baterry fon S dah kong, balik je rumah, S terus tertidur dalam bilik ibu. siyes penat gila semalam. sampaikan tak sahur pagi tadi. then tadi dalam kul 12 mcm tu. S charge lah fon.

tibe-tibe S dapat msg dari dia, "you still leave me all alone, i thought you have changed, i think friends will be fine for you, bye" 

oh my Allah, apakah? sentap weh !!! sampai macam ni skali? apa salah aku weh?! dengan senangnya kau buat macam tuu.. aku ni apa bagi kau?

ibu panggil S . S taktau nak keluar atau tak, sebab muka S masa tuu..

taktau nak kata apa dah,  SPEECHLESS !!!!!!!

ME

saya tak luangkan masa 24 hours / 7 days dengan awak,
saya tak pandai nak ceriakan suasana,
saya selalu blurr bila bersembang dengan awak,
saya tak pandai nak amik hati awak, 
saya selalu buat awak bosan,
saya selalu buat awak takde mood,
saya tak lembut macam perempuan lain,
saya tak secantik perempuan lain,
saya tak sepandai kawan-kawan perempuan awak,
semuanya saya.

saya cuba jadi yang terbaik untuk awak, sebab saya sayangkan awak. 
awak cakap lah dengan saya, jangan diamkan diri.
saya tunggu je awak call, msg, bbm, skype dengan saya ;'(

aksi kami :p

:p
me and syue yg comel ;)
ngee~
perangai taksenonoh aku dah keluar. haha

me and kak ain :)
alep, wawa and fitri yg gila. aku mintak tlg amik kan gmbr aku and kak ain,
tapi gmbr lain yg di amiknya. hahahaha. adoi..
me and fie :)

First Ramadhan 2012

assalamualaikum w.b.t guys,

yow bro sista, watcha doing? haha. sihat? me? sihat je. makin gemok ohh. haha
today, 21 july 2012, sabtu. first day puasa. hee. budak2 hostel semua balik. biasalah kan, nk sambut firstday puasa dengan family tersayang :)

sedar taksedar, dah nk 2month S kt kptm ni. mcm2 benda jadik. ishh3
plus kat area2 kolej and siswi, kawasan bahaya. so, girl student kena bwk something utk protect diri, payung ke. penyembur pedih tu ke, takkisah lah..

mnggu lepas. dalam seminggu, padat gila weh jadual. serious busy. isnin smpai khamis, ada quiz and test. ngee. rabu ada test malam. masa tu, first time S masuk bgnn kptm malam2. haha. dewan test lak kat tingkat 5, nk balik turun tangga. agak seram lah jugak tgk tangga ke tingkat 6. hahaha. kat tingk 6 mana ada pape, just tangki air. budak2 ni yg cakap. ada yg penah kena kacau laa. apa lah. mcm2.

duduk rumah, rasa malas je nk sentuh exrcise lect bagi ! ngee ! baru je bukak buku, mengantuk lah. nk makan lah. itu lah, ini lah. apa nk jadi ni balqis??

S tak masukkan pape gambar pun kat post kan? so, ini lah dia..



ni masa kat jusco maluri, first date dengan dorang.
 me and the geng yg gila chocolate, attack cadbury. haha :p
syaza and me dekat kfc jusco maluri :)
syaza, me and tira. hahaha
right to left : kak ain, wawa, Fit and me :p
(dalam class before lect masuk) haha
right to left : alep, yaya, ilya and tasha :)
right to left : minmin, Fit(peace guy) , wawa, me(peace girl), yaya and kak ain :)
*dan macam hari raya ohh. haha, pakai baju kurung, baju melayu bagai..

yg ni masa first day bermulanya class. haha. sorry, tak ikut urutan :)
tasha and me yg gila. hahaha



8 JULY 2012

assalamualaikum guys :)

sekarang aku ada kat rumah serdang. hahaa. budak2 hostel jangan jeles yea? :p
kul 11 malam bersamaan 7 july, aku drive pegi klia, amik ibu. dalam perjalanan pegi sana, aku borak2 dengan my sis in law. nak tau pasal apa? pasal polis and aku kena 'kacau' kat asrama. ngee! 

lepas amik parents aku, and family pakcik aku, kitorg pegi makan. jumpa lak cousin kembar aku, dah lama takjumpa dorang. hee. cerita-cerita sampailah tadi. now pukul 2.34 a.m . heee. dorang dah tdur, and skrg, aku nk luangkan masa kt blog ni. walaupun aku cakap sorang2, tapi siyes seronok weh. hahaha. sengih sorang2, gelak sorang2.

exercise lect bagi, aku taksentuh pun ! hahaa. adoi. dugaan kalau dah balik rumah, macam ni laa.. ada je benda nk buat, rileks2 lah, tgk tv lah, sejak aku masuk kptm, jrg gila aku tgk tv, sebab tv kat asrama, button rosak ! takboleh tukar channel. malaysia kalau nk berperang, rasanya aku takkan tau. sebab duduk dalam 'hutan'. haha. paham kan? xD

okay lah, bai, nite <3

p/s : sweetdream mister A . sayang awak , keping :p


student life :p

assalamualaikum w.b.t kawan2, pakcik makcik, tuan puan. saudara saudari yg dikasihi sekalian. ecece. haha

yow, dulu masa tgh cuti, selalu je update. skrg susah, sebab interner slow gila piggy ! grr. bengang lak S. eh lupa. sekarang S dah sambung belajar kat kptm cheras, kl. haha. S amik diploma perakaunan dengan kerjasam uitm. kiranya S menumpang jela kat sini. tapi yg takbest nya, budak2 under uitm kat sini. mesti terpinggir, sebab kuantiti kitorang sikit je. kiranya terlindung dengan budak course kptm. haha. sedih2 v_v

next,

kat sini, housemate S semua okay2 belaka. boleh masuk kepala laa senang citer. haha. hostel kitorang apartment. satu rumah 10orang. ada 3bilik. satu bilik 2 orang, and lagi 2 bilik, 4 orang setiap satu, paham?? haha, bia hang pening :p

roommate S ada 3 org, sorg dari ipoh perak, nama dia syaza and lagi 2 orang tu, kembar. ayuni and arina. dorang jugak adalah sedara S sendiri. haha. rasa macam takpercaya lak dapat tempat sama. terjumpa parents dorang masa hari pendaftaran, and haritu sebenarnya, first time lah S face to face dengan sedara S tuu, kitorg takpenah jumpa, just jumpa parents dia je. ayah dorang and my mum, sepupu. so kitorang dua pupu @ kupu-kupu. hahaha (lawak ke?) -.-"  eee~ annoying lah kau ni S.. haha

katsini, dah mcm2 orang dah S jumpa. perangai macam tu, macam ni. ishh3. ada yg baik and byk yg buruk. hahaha. setakat ni, subjek2 yg S belajar, okay jee. FAR ( financial Accounting) dah start pening2 lalat skit. haha. kalau ada basic account, lagi pening ohh, sebab dulu masa spm belajar dalam bahasa melayu, but now , belajar dalam inggeris. tak ke pening kau? haha. redha jela. takpe, slow slow kan, lama2 faham lah :)

selain syaza, arina and ayuni, budak2 housemate S , tira, nadia, dinie, dyana, mar, mek :p

lagi satu kan. ada sorang guy ni. jeng jeng jeng, mister capital A :p haha. dia belajar kat miat, unikl. dia tua setahun dari S. hee. hmm, senang cerita. sayang awak lah ;)
p/s : kalau awak baca ni, awak lah yang saya cerita2 ni. hee. sayang you, keping !

okay lah, bai bai bai !

<3 from me

HIM

 shoes dia tertinggal, so nanti mesti dia datang rumah lagi kan? hahaha .(amboih, gatal nya hang ni :p ) hmm. rupanya dia pernah ada gf dulu, but gf dia dah takde. meninggal. my bro yg cerita. sbb aku tanya. hehe. meninggal sebab sakit. haritu S ternampak kat tangan dia ada cincin. mybe cincin antara dia and gf dia kut. orang yg tengah berpasangan ni, kalau berpisah dengan cara macam ni, mesti makan dalam kan? al-fatihah untuk gf dia..

p/s : weh, jangan pikir lain pulak. S just suka perwatakan dia okay. fullstop ! bai !

GILA

orang dia lembut je. bukan 'auu' tapi lembut jenis yg sopan tuu. cakap dengan orang yg lebih tua, slow and sopan je. dengan kawan sendiri pun cakap slow. orang marah dia pun, dia boleh diam and still cakap baik2. orangnya bukan Hu Ha Hu Ha tuu. haha. S rasa diri S ni pun tak mcm dia, padahal S ni perempuan. ngee. budak2 pun senang dengan dia, suka dengan dia. dia pandai layan budak2 kecik. solat taktinggal. bagus2 (y)

aman's befday !!

Assalamualaikum!!


hehe, lama sudah tak post pape kat blog ni. alaa. lagipun bukannya ada org baca pun kan? haha. just cakap sorang2 je pun. harini befday aman. tak ada gift pun utk dia. sorry bestie . ngee >< teruk kan aku? 


dear aman gedik,


HAPPY BIRTHDAY KAWAN, may Alah bless you. semoga panjang umur and murah rezeki. aku sayang kat kau mok, aku pun sayang kat amer jugak. hee. hope our friendship will never end. sorry suara aku tak berapa nak sedap nyanyikan lagu befday tadi. haha xD



When we first talked to each other
I knew we would always be friends.
Our friendship has kept on growing
And I'll be here for you to the end.
You listen when I have a problem
And help dry the tears from my face.
You take away my sorrow
And put happiness in its place.
We can't forget the fun we've had
Laughing 'til our faces turn blue.
Talking of things only we find funny
People think we're insane-
If they only knew!
I guess this is my way of saying thanks
For catching me when I fall.
Thanks once again for being such a good friend
And being here with me through it all.


- Rachel Ellis - 


#sorry aku takpandai nak berkata2 dengan kau, aku cuma mampu copy dari quote orang je. tapi apa yg aku copy ni. ikhlas dari aku kawan :)


song for you :)

bitter sweet

assalam , hey buddy. how ar you? me? fine ty. haha. sedar tak sedar, msa berlalu dengan pantasnya, ibarat pecut 100meter. *mengarut pulak daa nenek tua ni* . lesen pun dah dapat, and now dah boleh drive on the road dengan senang hati. hehe. lulus pun disebabkan amik ujian kali ke2, first fail parking laa. terbang duit ayah ku yg tercinta sebanyak rm130. mahal kan? aisey man.. test lesen P kan terbahagi kepada dua, so, masa test ke2 ni, just ulang , bukit, parking and 3 pointer. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancarnya. on the road awal2 lagi dah pass, so yang tu takpayah pikir apa dah, hehe. dapat pulak jpj yg baik hati. takkan ku lupa jpj tuu xD result SPM pun dah keluar, and alhamdulillah, keputusan yang baik. keputusan yg tidak membuatkan kedua orang tuaku menitiskan air mata sedih. ngee. syukur ya Allah.. math and science ku A , suka ohh, lain2 pun A jugak. hehe, happy ^^V cousin kembarku pun terror jugak. kakak and adik, walaupun kakak lagi tinggi dari aku, akaun pun A, gila lah, tabik kat dia, haha. adik pun sama hebat jugak, dorang ni betul2 saingan aku. haha. tumpang gembira dengan result cousin kembarku tuu, my besties pun, nazliyana, ezati, aman dapat result yg baik, alhamdulillah, amer pun boleh pegi jauh. takdapat aku bayangkan, macam mana lah nanti masing2 erh? apa yg akan jadik kat kami semua, hehe. sambung belajar and kerja. masing2 kejar cita2 yg ditanam masa kecik2. haha. kepada budak yang cemerlang dalam keputusan SPM 2011 , congrats ! anda adalah bakal2 generasi yang akan memimpin negara ni, yang bakal mewarnai kehidupan yang akan datang, kepada yang dapat keputusan yg tidak menepati sasaran, gagal ni tak semestinya gagal selamanya, semua benda yang terjadi , ada hikmahnya. so chaiyok ! doakan yang terbaik buat kami semua yea :)

welcome 2012

first post untuk tahun 2012 ! wooot woot ! haha hai hai . sihat? good ^_^ sejak tak sekolah ni, duduk rumah jea, kerja sementara as bibik and babysitter, haha. aktiviti harian, jaga sarah, kemas rumah n bla3. agknya ini lah pekerjaan S smpai result SPM keluar kn? haha, takpelah, S senang apa yg S buat sekarang ni. daripada buat benda yg pelik2, tak tentu arah , kankan? :) gaji? ofcos dapat, haha. tempat tinggal, makanan semua disediakan, best kan? takyah susah payah. haha. beberapa hari lepas, S ambik test lesen L and S pass beb ! haha. alhamdulillah~ ahad ni, ada ceramah 6jam untuk lesen P pulak, nasib baik ada mmbe, takde la bosan. hee.. sejak2 ni, hujan je kawasan selangor ni. so, wabak selsema batuk and demam semakin berleluasa. ramai yg kena penyakit ni termasuklah S, haha. takpelah, orang kata kalau kita sakit, dosa kecil kita terhapus. betul ke erh? rupanya dah bape hari S tak update blog ni, haha, baru perasan, tu pun mmber yg tanya aku, kalau tak mesti S lupa kan? sekarang ni takselalu on laa, rasa malas -.- hmm, nak ckp apa lagi erh? nnti apa2 hal S post laa, taktau nak cerita apa dah sekarang, haha, okay lah, bai <3 xoxo <3
Hari ku harus dipenuhi dengan kehadiranmu.. Alangkah indah jika dirimu sentiasa disisiku..
dipetik dari lirik lagu jee :p